𝐔𝐒𝐈𝐌, 𝟑𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Satu pertemuan diantara Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah diadakan pada 30 Mei 2025 yang lalu. Pertemuan ini telah dihadiri oleh Ustaz Omar Mohamed, Ketua Unit Syariah (PUNB) dan Solehhuddin Bin Zakaria (PUNB) manakala wakil dari pihak USIM pula telah diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor HEPA, beserta Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Nur Ainna Binti Ramli, Timbalan Pengarah PWZ juga pegawai PWZ.
Turut hadir bagi sesi pertemuan bersama ini adalah Dr Mohamed Hadi Abd Hamid daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan Dr Ahmad Munsif Ismail daripada Akademi Nunji.
Semoga pertemuan ini dapat memberikan hasil yang baik kepada semua pihak terutama mereka yang memerlukan.