12 Jun 2024 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah berjaya menganjurkan Projek Agihan Makanan Percuma iaitu Food Truck Bil.1/2024. Food Truck @Perpustakaan USIM ini merupakan inisiatif PWZ melalui sumbangan Tabung It’am Muhtajin (Food For Needy). Program ini juga telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Turut serta dalam sesi agihan ini adalah Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat dan Prof. Madya Dr. Syahnaz Binti Sulaiman Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat.

Dengan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar, sebanyak 500 pek makanan telah berjaya diagihkan. Semoga agihan makanan percuma ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar USIM terutama yang berkeperluan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang Tabung It’am Muhtajin kerana dengan hasil sumbangan, projek seperti Food Truck @Perpustakaan USIM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jom teruskan sumbangan anda untuk membantu memberi makan kepada pelajar-pelajar USIM.
Salurkan sumbangan anda melalui online ke Tabung It’am Muhtajin (Food for Needy)