𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – Pada 23 Januari 2025, Pusat Wakaf dan Zakat telah menganjurkan siri agihan makanan yang pertama pada tahun ini, bertempat di Pejabat PWZ. Sebanyak 200 pek makanan dan minuman telah diedarkan kepada pelajar-pelajar USIM, yang terdiri daripada pelajar sarjana muda dan tamhidi.

Siri agihan ini telah dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamad Yusoff, TNC HEPA dan En. Md Ishah Rahman, Pengarah PHEP, bersama-sama Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ.

PWZ menyasarkan agihan ini secara berkala pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar USIM melalui sumbangan dana Tabung It’am Muhtajin (Food For Needy) daripada potongan gaji staf USIM, portal JOM INFAQ USIM dan sumbangan badan korporat.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pelajar, malah mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus. Ia turut menjadi platform untuk mempereratkan hubungan antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, mencerminkan nilai-nilai solidariti dan keprihatinan dalam komuniti USIM.

Boleh menonton video sorotan Program agihan makanan bil.1 2025 di pautan di bawah

Instagram : https://bit.ly/IGVIDPwzfoodforneedybil12025

Facebook : https://bit.ly/FBVIDPwzfoodforneedybil12025