13 Oktober 2023 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah berjaya menganjurkan Projek Agihan Makanan Percuma iaitu Food Truck @KK1 USIM. Food Truck @KK1 ini merupakan inisiatif PWZ melalui sumbangan Tabung It’am Muhtajin (Food For Needy). Turut serta dalam sesi agihan ini adalah Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat.
Dengan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar, sebanyak 500 pek makanan telah berjaya diagihkan. Semoga agihan makanan percuma ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar USIM terutama yang berkeperluan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang Tabung It’am Muhtajin kerana dengan hasil sumbangan, projek seperti Food Truck @KK1 dapat dilaksanakan dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.