𝙐𝙎𝙄𝙈, 12 𝙎𝙚𝙥𝙩𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 2025 – Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Tabung Endowmen & Forum Khas Perdana USIM 2025 telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini dianjurkan Pusat Islam dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dan Bank Rakyat melalui tajaan program berjumlah 𝐑𝐌𝟐,𝟎𝟎𝟎. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh sumber kewangan berasaskan sumbangan dan menyemarakkan budaya kebajikan dalam kalangan warga kampus.
Turut diadakan pada hari ini ialah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat USIM 2025 dengan tema, “Rasulullah SAW Teladan Sepanjang Zaman”. Sambutan ini mengetengahkan nilai-nilai murni Rasulullah SAW dalam membentuk peribadi unggul dan komuniti penyayang. Seiring dengan pelancaran tabung, PWZ turut membuka booth dan kaunter pertanyaan bagi sebarang pertanyaan berkaitan potongan bulanan atau tabung-tabung PWZ.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha murni ini. Semoga menjadi pemangkin budaya menyumbang dan memperkukuh ukhuwah dalam komuniti kampus.