𝟏𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Alhamdulilllah telah berlangsungnya Sesi Penyerahan Sumbangan Tabung Pelajar Miskin daripada Bank Rakyat Nilai Negeri Sembilan sebanyak RM 30,000.00 yang disampaikan oleh Encik Noorazri bin Mohamed Noor, Pengurus Cawangan dan Encik Muhamad Ammar Abdullah, Eksekutif, Cawangan Nilai.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diwakili oleh Encik Muhd Arif Ihtifazuddin Bin Asmin, Penolong Bendahari, Jabatan Bendahari dan Cik Nurul Husna Annuar, Penolong Pendaftar (Pengurusan Zakat), Pusat Wakaf dan Zakat USIM.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Bank Rakyat Nilai, Negeri Sembilan atas sumbangan Tabung Pelajar Miskin yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat meringakan sedikit bebanan para pelajar dan memberi manfaat kepada semua pihak, baik yang menyumbang mahupun yang menerima.