𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, 𝟏𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi perkongsian bersama Seksyen Ternakan UPM yang diketuai oleh Encik Md Rozaidi bin Md Yusof, Ketua Seksyen Ternakan. Manakala delegasi PWZ USIM diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki , Pengarah PWZ serta Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ dan diiringi oleh pegawai PWZ.

Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada perancangan projek ternakan yang boleh memberi impak besar kepada USIM secara khususnya.