π‘Ίπ’†π’“π’†π’Žπ’ƒπ’‚π’, 23 π‘«π’Šπ’”π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ – Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewakili Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menyertai Hari Sukan Bersama Majikan Potongan Gaji MAINS 2025. Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja dan rakan strategik. Seramai empat staf USIM mengambil bahagian dalam acara boling bagi memeriahkan majlis yang diadakan di Lite Superbowl, Seremban Prima Hall.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PWZ USIM dalam menyokong aktiviti yang menggalakkan gaya hidup sihat, kebersamaan, dan kesejahteraan warga kerja, sambil memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Diharapkan program ini terus menyemai semangat kesukanan, mempererat ukhuwah, dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.