πΊπππ ππππ, 6 π΅πππππππ 2025 β Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima Anugerah Rakan Strategik MAINS 2025 sempena Majlis Hi-Tea Apresiasi anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
USIM diwakili oleh Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), serta Cik Hakimah Hamir, Penolong Pendaftar PWZ.
Melalui majlis ini, USIM telah diberi pengiktirafan sebagai satu-satunya institusi yang dilantik sebagai Mutawalli Wakaf oleh MAINS, menzahirkan kepercayaan terhadap keupayaan universiti dalam memperkasa agenda penghidupan wakaf sebagai instrumen pembangunan ekonomi ummah.
Majlis telah disempurnakan oleh Datoβ Seri Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir, Pengerusi MAINS, bersama Encik Zainal Said, Setiausaha MAINS.
USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAINS atas pengiktirafan ini. Semoga hubungan strategik yang terjalin akan terus diperkukuh demi kemaslahatan ummah, insya-Allah.