Melaka, 13 Ogos 2025 – Alhamdulillah, wakil Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) serta wakil pentadbiran universiti berkesempatan menziarahi bapa kepada saudari Nur Syakira Amira, pelajar Tahun 3, Fakulti Syariah Undang-Undang, di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan.
Takziah diucapkan kepada saudari Nur Syakira Amira serta ahli keluarganya atas kehilangan ibunya yang telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalanraya tempoh hari.
Didoakan semoga saudari Nur Syakira Amira yang kini sedang dirawat di wad Hospital Besar Melaka akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini diberikan kekuatan, ketabahan serta kesembuhan yang sempurna agar dapat kembali meneruskan pengajian. Semoga keluarga beliau juga terus tabah menghadapi ujian ini.