Kelantan, 16 Ogos 2025 – Alhamdulillah, wakil Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), wakil Maybank Islamic Berhad, wakil Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkesempatan menziarahi keluarga kepada saudara Arwah Ahmad Hafizudin Bin Mahusin, pelajar Tahun Satu, Fakulti Sains dan Teknologi, di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan kepada waris sebagai tanda ingatan dan keprihatinan.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga atas kehilangan saudara Arwah Ahmad Hafizudin yang telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalanraya tempoh hari.
Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat serta keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.