Pahang, 7 Ogos 2025 – Alhamdulillah, wakil Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) berkesempatan menziarahi saudari Nur Safirah Aina, pelajar Tahun 3, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, yang kini dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Didoakan semoga saudari Nur Safirah Aina diberikan kekuatan, ketabahan serta kesembuhan yang sempurna agar dapat kembali meneruskan pengajian. Semoga keluarga beliau juga terus tabah menghadapi ujian ini.