𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, 𝟐𝟗 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor HEPA bersama delegasi USIM menziarahi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Nur Amni Nadiah dan keluarganya di Kuantan, Pahang yang terlibat kemalangan jalan raya pada hari Jumaat yang lalu.
Saudari Amni dan bapanya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan warga USIM. Sumbangan disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad melalui Tabung USIM Prihatin.
Turut hadir bersama daripada wakil fakulti, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazrul, Timbalan Dekan HEPA FST, wakil Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, seterusnya diberi kesembuhan buat Amni dan ahli keluarganya.