𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 – Pada 19 hingga 21 September 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Penilaian Garis Panduan dan Terma Rujukan 𝐏𝐖𝐙 yang bertempat di ‘A Famosa Resort, Melaka.

Bengkel ini diadakan bagi menyemak semula serta menambah baik dokumen-dokumen rujukan utama PWZ agar lebih mantap, tersusun dan selaras dengan objektif pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.

PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sumbangan idea sepanjang bengkel berlangsung.