𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 – 𝑰𝒔𝒏𝒊𝒏, 24 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai satu sesi libat urus bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Delegasi PWZ disambut oleh En. Imran Mohammad Khayat, Pengurus Besar Bahagian Syariah, bersama Encik Ekma Faroza bin Kamarudin, Pengurus Kanan Tanggungjawab Korporat TH, serta Puan Fakhtah Farashah binti Suhaimi dari Seksyen Pemerkasaan Komuniti. Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi program bersama yang dapat memberi manfaat lebih meluas kepada masyarakat.
PWZ USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra pihak TH dan berharap hubungan strategik ini dapat terus diperkukuh melalui pelaksanaan inisiatif bersama pada masa hadapan, selaras dengan komitmen PWZ dalam memperkasa kebajikan di USIM.