𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – 30 𝑶𝒌𝒕𝒐𝒃𝒆𝒓 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pentadbiran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Delegasi YAPEIM diketuai oleh Encik Azharry Bin Giman, Pengurus Negeri bersama barisan pegawai dan staf YAPEIM yang lain. Kunjungan ini disambut baik oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ serta dua orang Penolong Pendaftar PWZ.
PWZ USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar hubungan erat yang terjalin dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kolaborasi pada masa hadapan demi manfaat bersama.