𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – Pada 5 Jun 2025 USIM telah menerima kunjungan hormat dari Tabung Haji (TH) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Wilayah Selatan, Tabung Haji.
Kerjasama USIM dan TH sememangnya telah lama dijalinkan melalui Program Iqra’ TH yang diterajui oleh PWZ, dan Sijil Pembimbing Ibadah (SPIH) yang kini dikenali sebagai Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji dan Umrah (EPIH) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP).
Semoga hubungan strategik antara USIM dengan Tabung Haji terus berkekalan untuk manfaat bersama.