Nilai – Pada 6 Februari 2025, USIM telah menerima kunjungan hormat dari Tabung Haji (TH) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tuan Haji Yazid Ahmad, Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan.

Kerjasama USIM dan TH sememangnya telah lama dijalinkan melalui Program Iqra’ TH yang diterajui oleh PWZ, dan Sijil Pembimbing Ibadah (SPIH) yang kini dikenali sebagai Eksekutif Pembimbing Ibadah Haji dan Umrah (EPIH) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP).

Tabung Haji juga turut berbesar hati untuk menganjurkan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) USIM bagi jemaah haji dari seluruh Negeri Sembilan pada bulan April 2025. Semoga hubungan strategik antara USIM dengan TH terus berkekalan untuk manfaat bersama