𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 – Pada 5 Februari 2025, USIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengurusan Syariah, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kehadiran delegasi USIM disambut baik oleh Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pengurusan Syariah, bersama En. Zaki Fadhil bin Azizan, Pegawai Syariah. PNB amat berbesar hati dan sentiasa terbuka dalam membina jaringan strategik dengan institusi pendidikan tinggi.
Pada kunjungan hormat kali ini, delegasi USIM dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki, Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ, dan Dr. Ainuddin Yushar, Dekan Fakulti Pergigian. Turut hadir para pegawai daripada PWZ dan Fakulti Pergigian. Pertemuan ini menfokuskan kepada usaha memperkukuhkan hubungan antara USIM dan PNB, khususnya dalam mewujudkan inisiatif demi manfaat komuniti terutama kepada pelajar USIM dan sekitarnya.
Pertemuan ini diakhiri dengan harapan besar untuk menjalin kerjasama yang memberi impak positif pada masa hadapan.
Kira, Semak Zakat Anda: