𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – Pada 13 Januari yang lalu, bertempat di KITM USIM, Nilai, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) yang diwakili oleh Ustaz Wan Mohd Nahar bin Othman telah menghadiri sesi perbincangan mengenai inisiatif endowmen dan crowdfunding.
Kehadiran Ustaz Wan Mohd Nahar disambut oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ. Turut serta dalam perbincangan ini adalah Cik Hakimah Hamir dan Puan Nurul Husna Annuar, Penolong Pendaftar PWZ.
Sesi perbincangan mengenai inisiatif endowmen kali ini memberi fokus kepada perancangan projek yang akan datang, termasuk promosi dalam kalangan warga USIM, yang berperanan penting bagi meningkatkan kesedaran serta penyertaan dalam program-program yang dianjurkan.
Semoga perancangan dan kejayaan projek ini diberkati serta memberi manfaat yang seluas-luasNya dengan izin dan rahmat Allah SWT.