𝐔𝐒𝐈𝐌 – Rabu 28 Mei 2025, Pusat Wakaf dan Zakat telah menganjurkan siri agihan makanan percuma untuk kali kedua pada tahun ini, bertempat di Pejabat PWZ. Alhamdulillah, sebanyak 200 pek makanan dan minuman telah diedarkan kepada pelajar-pelajar USIM, yang terdiri daripada pelajar sarjana muda dan tamhidi.

Siri agihan ini telah dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, TNC HEPA dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki, Pengarah PWZ dan Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ.

PWZ menyasarkan agihan ini secara berkala pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar USIM melalui sumbangan dana Tabung It’am Muhtajin (Food For Needy) daripada potongan gaji staf USIM, portal JOM INFAQ USIM dan sumbangan badan korporat.

Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang Tabung It’am Muhtajin kerana dengan hasil sumbangan anda program agihan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jom teruskan sumbangan anda untuk membantu memberi makan kepada pelajar-pelajar USIM.