𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠 – Pada 15 Januari 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menganjurkan sesi pra-bengkel yang bertempat di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang. Sesi ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ; Prof. Madya Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ; serta staf PWZ. Objektif utama pra-bengkel ini adalah untuk membincangkan strategi dan pelan pelaksanaan PWZ dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Majlis diteruskan dengan sesi Penyerahan Tugas yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Mantan Pengarah PWZ. PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa serta sumbangan beliau dalam menerajui PWZ sepanjang tahun 2023 hingga 2024.