Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 – Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ) USIM telah berkunjung ke Al-Rajhi Bank Malaysia bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang bagi membincangkan kerjasama strategik yang berpotensi untuk dijalankan bersama.
Kunjungan hormat ini telah disertai oleh delegasi dari PWZ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Dr. Syahnaz Sulaiman dan Cik Hakimah Hamir, bersama Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Syariah dan Undang-undang. Manakala pihak Al-Rajhi Bank Malaysia telah diwakili oleh Cik Nur Shaira, Pn Afaf dan Cik Nurzirahmi dari Bahagian Kewangan Sosial dan Inovasi, dan Encik Mohamed Elyas dari Bahagian Strategi Produk dan Kerjasama (Inovasi).
Semoga perbincangan strategik ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak dan beroleh manfaat bersama.