05 Mac 2026 – Mesyuarat Pengurusan Dana Wakaf Al-Abrar USIM telah diadakan di Perpustakaan USIM dan dipengerusikan oleh Profesor Datoβ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.
Pemilihan lokasi ini memberi peluang kepada Ahli Jawatankuasa melihat secara langsung buku-buku yang diperoleh melalui sumber Dana Wakaf Al-Abrar USIM bagi menyokong keperluan kurikulum akademik serta pematuhan akreditasi MQA.
Turut diluluskan melalui dana wakaf ini ialah perolehan buku teks bagi Fakulti Alam Bina (FKAB). Terima kasih kepada para penyumbang Dana Wakaf Al-Abrar USIM. Sumbangan anda amat bermakna dalam pembangunan ilmu di USIM. β¨