๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ง๐ค๐ฎ ๐๐๐ง๐ฌ๐๐ฅ๐จ๐ซ ๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ โ Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut turun padang dalam Majlis Taโaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi 2026/2027 yang berlangsung di Dataran Canselori, USIM.
Dalam sesi ramah mesra bersama Timbalan Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr. Nur Ainna binti Ramli, pelajar baharu diperkenalkan dengan peranan serta instrumen PWZ, termasuk lokasi pejabat dan pelbagai inisiatif kebajikan yang disediakan untuk mahasiswa seperti Food Bank PWZ, Tabung Tashil Tolabah, Tabung Infaq Ibnu Sina dan bantuan-bantuan lain.
Penglibatan PWZ dalam majlis ini menjadi salah satu usaha untuk memastikan pelajar baharu mendapat pendedahan awal mengenai saluran bantuan dan sokongan yang tersedia sepanjang tempoh pengajian di USIM.
