𝑳𝑨𝑩𝑼 | 4 𝑺𝑬𝑷𝑻𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan komitmen menyantuni bakal mahasiswa menerusi Program Ziarah Kasih kepada Bakal Pelajar Kemasukan Semester Sesi Akademik 2026/2027.
Bagi Sesi 1 yang berlangsung hari ini, PWZ USIM turut berkesempatan menziarahi saudara 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑺𝒚𝒂𝒒𝒊𝒒, bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM serta menyampaikan 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 sebanyak 𝐑𝐌𝟏,𝟎𝟎𝟎.
Kunjungan ini turut disertai oleh Naib Canselor USIM, YB Maira Hashim selaku Wakil Rakyat DUN Labu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) serta wakil Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, sebagai usaha memastikan kekangan kewangan tidak menjadi penghalang kepada bakal mahasiswa untuk melangkah ke alam pengajian tinggi.
Menerusi inisiatif ini, seramai lima bakal mahasiswa akan menerima tajaan Bantuan Awal Pengajian berjumlah 𝐑𝐌𝟑,𝟎𝟎𝟎 daripada PWZ USIM. Bagi menzahirkan tanda sokongan dan keprihatinan, sesi lawatan ke kediaman setiap pelajar yang terpilih turut akan dianjurkan untuk menyantuni mereka sekeluarga.
PWZ USIM komited untuk terus menyantuni dan membantu bakal mahasiswa yang memerlukan agar mereka dapat memulakan perjalanan pendidikan dengan lebih yakin.
