π’πžπ©πšπ§π , πŸ— π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” – Bersempena The 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2026 (IBAF2026) anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah membuka reruai pameran pada 9 September 2026 bertempat di MΓΆvenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Selain membuka ruang kepada PWZ, pihak FEM turut menjemput Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk bersama-sama PWZ sebagai pempamer. Jemputan ini mencerminkan hubungan kerjasama yang baik serta sokongan MAINS terhadap pelbagai inisiatif dan agenda USIM.

Penyertaan PWZ dalam IBAF2026 turut menjadi ruang untuk memperkenalkan peranan serta inisiatif PWZ kepada para peserta persidangan, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara PWZ, FEM dan MAINS.