SHAH ALAM, 20 – 21 Ogos – Bengkel Garis Panduan Pengurusan Mutawalli

Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah bersidang dalam Bengkel Garis Panduan Pengurusan Mutawalli pada Sabtu & Ahad yang lalu anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Barisan MAINS dihadiri oleh Ustaz Alimazri bin Mauludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Ustaz Ahmad Naim bin Azlan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mal, Ustaz Muhibbudin bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan serta barisan pegawai daripada Jabatan Wakaf MAINS.

Manakala daripada PWZ USIM, dihadiri oleh Prof. Dr. Zurina Shafii, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed, Timbalan Pengarah PWZ. Turut hadir bersama dalam sesi pembentangan adalah barisan profesor dan pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohammad Haji Alias, Dr. Hisyam bin Sabri dan Dr. Syahnaz binti Sulaiman serta dua orang pegawai PWZ USIM.

Turut hadir juga Puan Masmadhanur Aslinda Mohd Ali, Pegawai Undang-Undang MAINS dan Tuan Hj. Zulkafli bin Hj. Zakaria, wakil peguam yang turut dijemput hadir dalam penganjuran bengkel ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas undangan serta penganjuran bengkel siri pertama ini.

Semoga perjumpaan ini mengeratkan lagi hubungan kebersamaan antara MAINS dan USIM seterusnya sebagai sebuah batu loncatan untuk pengurusan bahagian wakaf pada masa hadapan.