Rabu, 29 April 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menganjurkan Program Agihan Makanan Percuma Bil. 1/2026 anjuran PWZ yang diadakan bertempat di Student Lounge bermula pada jam 1:00 tengah hari.
Program ini merupakan inisiatif PWZ dalam menyantuni kebajikan pelajar USIM melalui pemberian pek makanan dan minuman secara percuma, khususnya kepada pelajar yang memerlukan serta bagi memupuk budaya ihsan dan kepedulian sesama komuniti kampus.
PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, kerana dengan sokongan anda, program kebajikan ini dapat dijalankan secara berterusan