31 Ogos 2019 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengadakan taklimat ringkas di Majlis Makan Malam Alumni Chapter Pantai Timur yang disampaikan oleh Pengarah PWZ Dr. Mushaddad. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi menarik lebih ramai Alumni USIM untuk berzakat, wakaf dan infak melalui PWZ. Majlis ini dihadiri hampir 200 orang tetamu dan PWZ telah mendapat sedikit sebanyak sumbangan dari alumni.