7 Mac 2018 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menganjurkan sebuah diskusi meja bulat (RTD) bersama industri. Tujuan utama RTD ini diadakan adalah untuk mengukuhkan strategi pemasaran wakaf dan zakat USIM dalam masa yang sama dapat membina hubungan erat USIM dan industri. RTD ini dilihat sangat positif kerana jemputan yang hadir sememangnya pakar – pakar dari industri yang sememangnya diakui kepakaran mereka.
Antara jemputan yang hadir ialah Penolong Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam wilayah Perseketuan En. Razali Md. Jani, Pengarah Bahagian Wakaf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) En. Hairol Anuar Muhammad, Timbalan Presiden CIMB Islamic En. Huzaini Hamdi dan beberapa orang jemputan lagi termasuk dari Yayasan Waqaf Malaysia(YWM) Ustaz Asyran Safwan Pegawai Penyelidik dan Produk Wakaf.
Sepanjang berlangsungnya RTD ini, PWZ telah menerima pelbagai cadangan serta nasihat dalam memegang amanah wakaf dan zakat di USIM. PWZ berharap peluang kerjasama USIM dengan industri dapat diwujudkan dan memberi impak yang baik kepada perkembangan wakaf dan zakat pada masa akan datang