25 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2022, 𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – Hari Jumaat yang barakah ini, Majlis Hi-Tea Al-Abrar dan Pelancaran Skim Jualah alhamdulillah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Majlis ini dihadiri oleh para pensyarah yang merupakan ahli panel penasihat Syariah, jemaah profesor dan ikon USIM.
Majlis ini merupakan langkah pertama yang dianjurkan bagi memperkenalkan skim jualah ini dan akan diperkenalkan juga di peringkat warga USIM seterusnya. Semoga usaha ini sebagai satu batu loncatan kepada kemampanan dan kelestarian kewangan USIM dalam memperkenalkan USIM dalam kalangan masyarakat.