𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊, 30 September 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menyertai sesi kunjungan hormat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Sembilan dan Melaka ke Institut Pengajian Bahasa Arab (IBRAZ), USIM. PWZ diwakili oleh Puan Nurul Husna binti Annuar, Penolong Pendaftar PWZ.

Sesi ini bertempat di Bilik Mesyuarat IBRAZ, Aras 8, Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan menjadi platform perbincangan antara kedua-dua pihak berkaitan ruang kerjasama serta inisiatif yang boleh dilaksanakan bersama.

Penglibatan PWZ dalam sesi ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh jaringan strategik bersama agensi luar demi menyokong kebajikan dan pembangunan warga USIM.