𝐆𝐚𝐥𝐞𝐫𝐢 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫𝐢, 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Majlis Sesi Penyerahan Sumbangan Ramadan Al-Abrar PWZ. Pusat Wakaf dan Zakat USIM (PWZ) memberikan sumbangan sebanyak RM 5000.00 kepada 345 orang staf USIM dan 155 orang staf pembersihan dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) USIM.
Tambahan itu, agihan bagi pekerja pembersihan seramai 155 orang di Galeri Canselori dan staf USIM di pintu pagar USIM bermula pada jam 4 petang.
Semoga sumbangan ini dapat menceriakan para staf USIM dan memberi manfaat kepada semua pihak, baik yang menyumbang mahupun yang menerima di bulan Ramadan ini.