𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊, 30 September 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah meneruskan Program Agihan Makanan Percuma Bil. 4/2026 yang berlangsung di Student Lounge, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM.
Sebanyak 300 pek makanan telah diagihkan kepada mahasiswa sebagai salah satu inisiatif PWZ dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan PWZ USIM dalam menyantuni keperluan mahasiswa melalui pelaksanaan inisiatif kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada warga USIM.
