Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Jumaat, 16 Jun 2023 - Alhamdulilah sesi perbincangan kerjasama dan [...]
Kunjungan Hormat dan Penandaarasan Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah (UMS)
24 Mei, NILAI USIM - Lawatan Promosi dan Penandaarasan Pusat [...]









