28 Feb, NILAI USIM – Pusat Wakaf Dan Zakat USIM (PWZ) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan mahabbah daripada Pusat Perhubungan Alumni dan Kemajuan Institusi Universiti Malaya (CARIA UM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Naufal bin Omar, Pemangku Pengarah CARIA UM dan bersama dua orang pegawai iaitu Cik Haizatul Naja dan Cik Nur Farhana Razali.

Kunjungan ini disambut oleh Prof. Madya Dr Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ bersama dua orang pegawai iaitu Cik Hakimah Hamir dan Puan Nurul Husna.

Majlis berakhir pada 1.00 petang. Semoga perbincangan ini mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan buat delegasi daripada Pusat Perhubungan Alumni dan Kemajuan Institusi Universiti Malaya (CARIA UM) atas kesudian berkunjung ke USIM ini.