𝟐𝟖 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus komited menyokong kebajikan dan pendidikan pelajar menerusi penyertaan Program SISWA+ 2026 (Sumbangan Komputer Riba kepada Mahasiswa)
Penyerahan simbolik sumbangan tersebut disempurnakan sempena Program Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Peringkat Negeri Melaka 2026 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Majlis anjuran Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini bertujuan melahirkan generasi belia yang berdaya pemikir dan penggerak kefahaman Islam di Malaysia, disaksikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menerusi inisiatif SISWA+ anjuran Yayasan Taqwa-MAIWP seramai 35 mahasiswa asnaf fakir, miskin, dan kurang berkemampuan USIM menerima sumbangan set komputer riba dengan nilai keseluruhan RM119,805.00.
Wakil USIM ke sesi penyerahan ini diwakili oleh Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli bersama dua orang wakil mahasiswa penerima. Diharapkan sumbangan ini dapat memperkasakan pemelajaran digital mahasiswa serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik mereka