𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢, 𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Alhamdulillah, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menerima jemputan ke Majlis Pelancaran Tabung Sumbangan Dapur Siswa MADANI @ Portal Jom Infaq USIM, yang berlangsung bersempena pelancaran Dapur Siswa MADANI di Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) dan Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC).
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USIM, Professor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Professor Dr. Mushaddad Hasbullah.PWZ USIM diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, dan Penolong Pendaftar, Puan Nurul Husna binti Annuar.
PWZ USIM turut menjadi rakan kolaborasi bagi 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐔𝐒𝐈𝐌 melalui Portal Jom Infaq USIM di bawah Projek Dapur Siswa MADANI, sebagai usaha bersama menyokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.
Semoga inisiatif ini terus menyemai budaya berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada mahasiswa yang memerlukan.
