π΅ππππ, 16 Oktober 2026 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menyokong pembangunan mahasiswa melalui penajaan Karnival Siswa 2026 (KARSISβ26) yang berlangsung pada 16 hingga 17 Oktober 2026 di Lot Parkir Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), USIM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut hadir, Pengarah PWZ USIM, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, yang turun padang bagi menunjukkan sokongan terhadap penganjuran karnival tersebut.
Penglibatan PWZ sebagai penaja merupakan salah satu usaha dalam menyokong aktiviti mahasiswa serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pelbagai program di kampus.
