𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 | 𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Program Ziarah Kasih kepada Bakal Pelajar Kemasukan Semester Sesi Akademik 2026/2027 diteruskan dengan kunjungan ke kediaman Muhammad Ikhwan Naufal bin Mazelan, bakal mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM yang bakal mendaftar pada 15 September 2026.

Anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan penoreh getah ini tetap gigih mengejar impian melanjutkan pengajian meskipun berdepan cabaran kehidupan keluarga.

Sebagai tanda sokongan, PWZ USIM menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM500, manakala Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut menyalurkan Bantuan Awal Pendidikan Tinggi bagi membantu persiapan awal pengajian.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan persiapan awal pengajian dan memberi semangat kepada mereka untuk melangkah ke alam pengajian tinggi.