Jumaat, 13 Oktober 2023 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah melancarkan Tabung Infaq Ibnu Sina (Bantuan Perubatan Pelajar USIM) yang merupakan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar USIM dalam membiayai kos perubatan USIM.

Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk memperluaskan sumbangan kepada pelajar meliputi kos rawatan harian, membantu pelajar OKU dan pelajar pesakit kronik. Tabung ini menyasarkan kepada individu, institusi atau syarikat korporat untuk merealisasikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat khusus untuk kesihatan pelajar. Sumbangan yang diberikan diharap dapat menampung rawatan pelajar seterusnya berupaya meningkatkan tahap kualiti kesihatan ke arah menjamin kesejahteraan dan kecemerlangan mereka sepanjang tempoh pengajian.