Nilai: Seramai 500 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima bantuan agihan kupon makanan percuma bernilai RM8 secara berkala selama tiga bulan, bermula pada bulan Oktober hingga Disember 2023.

Kupon terbabit adalah hasil sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di bawah projek Tabung It’am Muhtajin.

Sebanyak RM12,000 peruntukan diberi oleh YaPEIM kepada Pusat Wakaf dan Zakat USIM bagi menjayakan projek agihan makanan tersebut. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YaPEIM atas sumbangan yang diberikan.