22 Mei2018 – Pelancaran Kampus Tanpa Tunai yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Canselor Universiti Sains Islam Malaysia diiringi oleh Bendahari USIM sebagai ketua projek dan Ketua Pegawai Eksekutif BOOST Axiata.
Pelancaran kampus tanpa tunai merupakan salahsatu usaha USIM dalam memudahkan urusan kewangan seharian, dengan adanya aplikasi Boost ini anda boleh berbelanja di kampus USIM tanpa menggunakan tunai. Pengguna aplikasi boost kini juga boleh menyumbang ke dalam akaun wakaf USIM dengan hanya mengimbas QR code Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM. PWZ mendapati kaedah ini memudahkan umat Islam untuk melakukan amal jariah sedekah/berwakaf.
Selain itu juga, Pengguna aplikasi Boost ini juga mendapat pelbagai manfaat menarik seperti diskaun dan baucer pembelian semasa menggunakan aplikasi ini dan sekali gus dapat memberikan penjimatan kepada penggunakan aplikasi Boost.