13 Julai 2018 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) memberikan taklimat wakaf dan zakat kepada staf USIM di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF). Alhamdulillah respon yang baik dari staf JPPF apabila lebih 15 orang staf JPPF yang berwakaf melalui potongan gaji. PWZ juga menyediakan khidmat kiraan zakat kepada staf JPPF dan membuka peluang soal jawab berkenaan wakaf dan zakat.
PWZ mengucapkan terima kasih kepada semua staf JPPF kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar taklimat dari PWZ. Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua.