Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Ramah Takaful Malaysia-USIM telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, di mana bantuan tajaan berjumlah RM20,000 telah diserahkan kepada 200 orang pelajar asnaf fakir dan miskin. Agihan kali ini merupakan siri agihan keempat (ke-4) yang dianjurkan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Program Agihan Bantuan Bakul Rahmah pada tahun ini juga telah mencatatkan jumlah pendanaan sebanyak RM73,000 dan telah diagihkan kepada 600 orang pelajar asnaf USIM.
Jutaan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad yang telah memberi sumbangan sempena bantuan bakul rahmah siri 4 ini. Semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan berlipat ganda.