Pahang, 15 November 2024 – Alhamdulillah, wakil PWZ berkesempatan menziarahi saudari Sharifah Athirah, pelajar tahun 2 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang telah dimasukkan ke wad akibat kejutan septik dan kegagalan pelbagai organ disebabkan oleh demam denggi.

Didoakan semoga saudari Sharifah Athirah dan keluarga sentiasa kuat semangat dan diberi kesembuhan sempurna untuk meneruskan pengajian.