𝐔𝐒𝐈𝐌, 𝟑𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Satu perbincangan telah diadakan antara Pusat Wakaf dan Zakat, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) bagi menjalinkan kerjasama ke arah mendapatkan pendanaan bagi sebuah ambulans baharu.

Ambulans ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada USIM, terutamanya dalam kes-kes kecemasan yang memerlukan tindak balas pantas. Inisiatif ini juga selari dengan matlamat jangka panjang universiti dalam memperluas akses kesihatan kepada warga USIM.