17 Jun 2024 | Nilai, USIM – Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (PWZ USIM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan daripada delegasi Politeknik Port Dickson (PPD).
Delegasi ini diketuai oleh Puan Umi Syahidah binti Anuari, Ketua Jabatan Pengajian Am merangkap Penyelaras Zakat PPD, bersama-sama dengan En. Suhaimi bin Samad, Timbalan Penyelaras Zakat PPD dan Dr. Alias bin Mat Saad, Pengerusi Pusat Islam. Turut hadir adalah ahli Jawatankuasa Zakat PPD iaitu Puan Farihah binti Idris (Setiausaha 1 Zakat), Puan Noor Balqis binti Ahmad (Setiausaha 2 Zakat) dan Puan Siti Aisyah binti Mohd Yaman (Bendahari Zakat).
Kehadiran delegasi disambut baik oleh Prof. Madya Dr. Nur Ainna binti Ramli, Timbalan Pengarah PWZ, bersama barisan pegawai Pusat Wakaf dan Zakat.
PWZ USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan semoga hubungan silaturahim antara PWZ dan Politeknik Port Dickson akan terus erat dan berkembang dengan lebih kukuh pada masa akan datang.