Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita melangkah ke tahun baru Hijrah, 1447H.
Semoga tahun baharu ini membawa seribu keberkatan, keampunan, dan peluang untuk kita memperbaharui tekad, memperkukuh iman serta memperbaiki amal.
Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kealpaan kepada kesedaran, dan daripada kelalaian kepada ketakwaan.